Ahlan Wa-Sahlan!!!

Anda pelawat yag ker

Umrah pertama

(Bertahallul)



-->

Selesai solat zohor di Masji Nabawi kesemua peserta lambaian kaabah 09 pergi menziarai kubur Rasullullah S.A.W dan sahabatnya iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al- Khattab buat kali terakhir kerana selepas makan tengah hari kami akan bertolak ke Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah.Selepas makan tengah hari, kami mamakai pakaian ihram dan bersiap untuk check out dan seterusnya menaiki bas untuk menuju ke Baitullahilharam.Di dalam bas kami diberi penerangan oleh Ustaz Aubaidillah tentang cara-cara mengerjakan umrah.Selepas beberapa minit,bas berhenti di sebuah masjid yang namanya saya pun dah tak ingat untuk niat dan solat umrah.Selepas itu kami semua berkumpul di hadapan bas dan talbiah beramai-ramai.Kemudian kami pun menuju ke Mekah yang mengambil  masa agak lama.Sampai sahaja di Mekah kami terus dibawa ke Hotel dan makan malam.Selepas itu, kami menuju ke Majidil Haram untuk solat jamak Isyak ta’khir dan menyempurnakan ibadah umrah kami yang pertama.Kami merasa terlalu bahagia dan bersyukur kerana dapat juga kami melihat kaabah secara “Live” dan menjejakkan kaki kami kedalam Masjidil Haram buat pertama kalinya.Selepas itu semua peserta lambaian kaabah 09 menyempurnakan umrah dengan selamat.


(Ladang Tamar)


Tepat jam 8 pagi (waktu Madinah) kesemua peserta lambaian kaabah 09 telah menaiki bas dan bertolak ke tempat ziarah kami yang pertama iaitu Masjid Quba'.Masjid Quba' ialah masjid yang pertama yang dibina oleh Rasullullah S.A.W bersama para sahabat ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah.Kami tidak melepaskan peluang untuk solat sunat dhuha dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain.Selepas itu, kami meneruskan ziarah kami ke Masjid Qiblatain.Masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain kerana berlaku di zaman Rasullullah S.A.W ketika Rasullullah sedang menunaikan solat Zohor berjemaah bersama dengan para sahabat di Masjid ini, Baginda mendapat wahyu daripada Allah untuk menukarkan qiblat daripada Masjidil Aqso ke Masjidil Haram.Kerana itulah masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain.Kami juga tidak lupa untuk melakukan amalan-amalan sunat di dalam masjid yang penuh barokah itu.Tempat ziarah kami yang ketiga pula ialah Bukit Uhud.Bukit Uhud ialah satu tempat yang mana Rasullullah S.A.W dengan para sahabat berperang menegakkan agama islam dengan orang kafir quraisy.Di atas bukit inilah Rasullullah menyuruh para pemanah islam memanah pihak lawan.Akibat tidak mendengar arahan Rasulullah, maka orang islam telah menerima sedikit kekalahan.Kami tidak melepaskan peluang untuk mendaki bukit yang pernah Asy-syahidin menegakkan syiar islam.Setelah puas berada di bukit Uhud kami meneruskan zirah kami ke Ladang kurma yang teletak tidak jauh dari situ.Sampai sahaja di ladang kurma, kami melihat banyak pokok kurma di sana.Ramai peserta Lambaian kaabah 09 membeli buah tamar di sini kerana harganya murah.Antara buah tamar yang paling banyak dibeli oleh peserta ialah tamar nabi yang dikenali dengan nama tamar ajwaf.

Pengalaman manis






Sebaik tiba di Madinah,para peserta lambaian kaabah 09 merasa sangat gembira kerana dapat tiba dgn selamat di tanah suci Madinah Al-Munawwarah iaitu tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwahnya, wafat dan dikebumikan.Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki kami di Tanah suci haram itu, kesemua peserta berdoa kepada Allah supaya mendapat keberkatan sepanjang kami beribadah dan ziarah di sana.Selesai sahaja kami berdoa, azan berkumandang di Masjid Nabawi.Kesemua pelajar dan peserta lambaian kaabah 09 menganggap azan tersebut adalah azan subuh.Mujurlah kami diberitahu oleh Ust.Aubaidillah bahawa azan tersebut bukanlah azan subuh tetapi untuk meberitahu penduduk madinah supaya bersiap siaga untuk solat subuh.Jadi, di Masjid Nabawi akan dilaungkan azan sebnyak 2 kali pada waktu fajar.Selepas itu kami semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan kunci bilik masing-masing untuk bersiap sedia menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi buat kali pertama.Seusai solat subuh kami membaca Kalamullah yang paling mulia iaitu Al-Quran dengan sebanyak yang mungkin kerana kami berada di Madinah hanya sehari sahaja.Jadi peserta lambaian kaabah 09 tidak mahu melepaskan peluang untuk beribadah dan melakukan amalan-amalan sunat di Masjid Nabawi seperti mana yang dijanjikan Rsullullah S.A.W, akan digandakan 10 000 kali ganda pahala bagi sesiapa yang solat sebanyak 1 kali di masjid Nabawi.

Ujian pertama




Setelah sampai di Lapangan Terbang Jeddah, kami semua diarahkan untuk mengangkat barang-barang dan memasukkannya kedalam bas.Disitu telah berlaku sedikit insiden yang mana seorang daripada kawan kami tertinngal passportnya di dalam beg dan beg itu telah dimasukkan ke dalam bas.Ini telah menyebabkan semua peserta lambaian kaabah 09 menunggu selama lebih kurang 1jam.Ini merupakan ujian pertama bagi semua peserta lambaian kaabah 09.Akan tetapi semuanya menunggu dengan penuh sabar.Selepas itu,kami bertolak dengan menaik bas ke masjid di Jeddah untuk solat dan makan malam.Setelah selesai,kami bergerak untuk bertolak ke Madinatul munawwarah.Setelah beberapa jam berada di dalam bas,akhirnya sampai juga kami di Madinatul munawwarah.Semua peserta sangat bersyukur kehadarat ilahi kerana selamat sampai di tanah haram itu.Gembira tak terkata kali pertama menjejakkan kaki di tana suci.

kenangan di Sri Lanka



Ini adalah gambar semasa berada di hotel dekat sri lanka...hotel ini berhampiran dengan  pantai.Makanan pun sedap...ada swimming pool lagi tapi tak leh mandi sebab kena pakai underwear...hahaha...kat situ jugak ada gym...memang puas hati lah
...



Perjalanan untuk pergi ke Mekah sungguh mendebarkan kerana ini adalah pengalaman pertama bagi semua peserta Lambaian Kaabah 09.Peserta Lambaian Kaabah 09 terdiri daripada 20 orang pelajar dan beberapa orang guru dan waris..Kami berkumpul di KLIA pada jam 12 tengah hari.Selepas itu, semua peserta pergi solat jama' zohor dan asar di surau KLIA.Pada jam 2.30 petang semua peserta diarah berkumpul untuk diberikan passport dan kad travel masing-masing.Pelajar-pelajar yang dating ke KLIA bersama ibu bapa mereka bersalaman dengan ahli keluarga masing-masing.Selepas itu,Pada jam 4.30 petang,berangkatlah semua peserta Lambaian Kaabah 09 ke Sri Lanka dan seterusnya ke Masjidil Haram dengan menaiki Kapal Terbang Sri lankan Airlines...

;;

Experience!!!