Ahlan Wa-Sahlan!!!

Anda pelawat yag ker

Umrah pertama

(Bertahallul)



-->

Selesai solat zohor di Masji Nabawi kesemua peserta lambaian kaabah 09 pergi menziarai kubur Rasullullah S.A.W dan sahabatnya iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al- Khattab buat kali terakhir kerana selepas makan tengah hari kami akan bertolak ke Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah.Selepas makan tengah hari, kami mamakai pakaian ihram dan bersiap untuk check out dan seterusnya menaiki bas untuk menuju ke Baitullahilharam.Di dalam bas kami diberi penerangan oleh Ustaz Aubaidillah tentang cara-cara mengerjakan umrah.Selepas beberapa minit,bas berhenti di sebuah masjid yang namanya saya pun dah tak ingat untuk niat dan solat umrah.Selepas itu kami semua berkumpul di hadapan bas dan talbiah beramai-ramai.Kemudian kami pun menuju ke Mekah yang mengambil  masa agak lama.Sampai sahaja di Mekah kami terus dibawa ke Hotel dan makan malam.Selepas itu, kami menuju ke Majidil Haram untuk solat jamak Isyak ta’khir dan menyempurnakan ibadah umrah kami yang pertama.Kami merasa terlalu bahagia dan bersyukur kerana dapat juga kami melihat kaabah secara “Live” dan menjejakkan kaki kami kedalam Masjidil Haram buat pertama kalinya.Selepas itu semua peserta lambaian kaabah 09 menyempurnakan umrah dengan selamat.


(Ladang Tamar)


Tepat jam 8 pagi (waktu Madinah) kesemua peserta lambaian kaabah 09 telah menaiki bas dan bertolak ke tempat ziarah kami yang pertama iaitu Masjid Quba'.Masjid Quba' ialah masjid yang pertama yang dibina oleh Rasullullah S.A.W bersama para sahabat ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah.Kami tidak melepaskan peluang untuk solat sunat dhuha dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain.Selepas itu, kami meneruskan ziarah kami ke Masjid Qiblatain.Masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain kerana berlaku di zaman Rasullullah S.A.W ketika Rasullullah sedang menunaikan solat Zohor berjemaah bersama dengan para sahabat di Masjid ini, Baginda mendapat wahyu daripada Allah untuk menukarkan qiblat daripada Masjidil Aqso ke Masjidil Haram.Kerana itulah masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain.Kami juga tidak lupa untuk melakukan amalan-amalan sunat di dalam masjid yang penuh barokah itu.Tempat ziarah kami yang ketiga pula ialah Bukit Uhud.Bukit Uhud ialah satu tempat yang mana Rasullullah S.A.W dengan para sahabat berperang menegakkan agama islam dengan orang kafir quraisy.Di atas bukit inilah Rasullullah menyuruh para pemanah islam memanah pihak lawan.Akibat tidak mendengar arahan Rasulullah, maka orang islam telah menerima sedikit kekalahan.Kami tidak melepaskan peluang untuk mendaki bukit yang pernah Asy-syahidin menegakkan syiar islam.Setelah puas berada di bukit Uhud kami meneruskan zirah kami ke Ladang kurma yang teletak tidak jauh dari situ.Sampai sahaja di ladang kurma, kami melihat banyak pokok kurma di sana.Ramai peserta Lambaian kaabah 09 membeli buah tamar di sini kerana harganya murah.Antara buah tamar yang paling banyak dibeli oleh peserta ialah tamar nabi yang dikenali dengan nama tamar ajwaf.

Pengalaman manis






Sebaik tiba di Madinah,para peserta lambaian kaabah 09 merasa sangat gembira kerana dapat tiba dgn selamat di tanah suci Madinah Al-Munawwarah iaitu tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwahnya, wafat dan dikebumikan.Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki kami di Tanah suci haram itu, kesemua peserta berdoa kepada Allah supaya mendapat keberkatan sepanjang kami beribadah dan ziarah di sana.Selesai sahaja kami berdoa, azan berkumandang di Masjid Nabawi.Kesemua pelajar dan peserta lambaian kaabah 09 menganggap azan tersebut adalah azan subuh.Mujurlah kami diberitahu oleh Ust.Aubaidillah bahawa azan tersebut bukanlah azan subuh tetapi untuk meberitahu penduduk madinah supaya bersiap siaga untuk solat subuh.Jadi, di Masjid Nabawi akan dilaungkan azan sebnyak 2 kali pada waktu fajar.Selepas itu kami semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan kunci bilik masing-masing untuk bersiap sedia menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi buat kali pertama.Seusai solat subuh kami membaca Kalamullah yang paling mulia iaitu Al-Quran dengan sebanyak yang mungkin kerana kami berada di Madinah hanya sehari sahaja.Jadi peserta lambaian kaabah 09 tidak mahu melepaskan peluang untuk beribadah dan melakukan amalan-amalan sunat di Masjid Nabawi seperti mana yang dijanjikan Rsullullah S.A.W, akan digandakan 10 000 kali ganda pahala bagi sesiapa yang solat sebanyak 1 kali di masjid Nabawi.

;;

Experience!!!