Ahlan Wa-Sahlan!!!

Anda pelawat yag ker


(Ladang Tamar)


Tepat jam 8 pagi (waktu Madinah) kesemua peserta lambaian kaabah 09 telah menaiki bas dan bertolak ke tempat ziarah kami yang pertama iaitu Masjid Quba'.Masjid Quba' ialah masjid yang pertama yang dibina oleh Rasullullah S.A.W bersama para sahabat ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah.Kami tidak melepaskan peluang untuk solat sunat dhuha dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain.Selepas itu, kami meneruskan ziarah kami ke Masjid Qiblatain.Masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain kerana berlaku di zaman Rasullullah S.A.W ketika Rasullullah sedang menunaikan solat Zohor berjemaah bersama dengan para sahabat di Masjid ini, Baginda mendapat wahyu daripada Allah untuk menukarkan qiblat daripada Masjidil Aqso ke Masjidil Haram.Kerana itulah masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain.Kami juga tidak lupa untuk melakukan amalan-amalan sunat di dalam masjid yang penuh barokah itu.Tempat ziarah kami yang ketiga pula ialah Bukit Uhud.Bukit Uhud ialah satu tempat yang mana Rasullullah S.A.W dengan para sahabat berperang menegakkan agama islam dengan orang kafir quraisy.Di atas bukit inilah Rasullullah menyuruh para pemanah islam memanah pihak lawan.Akibat tidak mendengar arahan Rasulullah, maka orang islam telah menerima sedikit kekalahan.Kami tidak melepaskan peluang untuk mendaki bukit yang pernah Asy-syahidin menegakkan syiar islam.Setelah puas berada di bukit Uhud kami meneruskan zirah kami ke Ladang kurma yang teletak tidak jauh dari situ.Sampai sahaja di ladang kurma, kami melihat banyak pokok kurma di sana.Ramai peserta Lambaian kaabah 09 membeli buah tamar di sini kerana harganya murah.Antara buah tamar yang paling banyak dibeli oleh peserta ialah tamar nabi yang dikenali dengan nama tamar ajwaf.

0 comments:

Experience!!!